Panduan Kos Sedut Lemak Di Malaysia Dan Kuala Lumpur
Kerana maklumat kos prosedur perubatan di Malaysia sering sukar dicari, kami telah sediakan sumber mudah dan tepat untuk harga terkini pembedahan liposuction atau sedut lemak di Malaysia, terutamanya Kuala Lumpur.
Berikut adalah cara kami menerangkannya:
Isi Kandungan
Perlu diingat angka-angka ini adalah panduan umum, dan untuk anggaran tepat, buat temujanji dengan Dr. Soma dan tanya beliau terus!
Kos purata sedut lemak
Setelah menganalisis harga dari lapan klinik, pembedahan sedut lemak di Malaysia ditawarkan pada harga serendah RM5,000 dan boleh mencecah sehingga RM32,000.
Purata anggaran terendah dan tertinggi pula adalah dalam lingkungan RM8,239 hingga RM18,382.
Angka-angka ini diperoleh daripada data klinik pembedahan plastik di Google dan WhatClinic. Untuk ketelusan penuh, ini adalah sumber kami:
- Harga liposuction di Malaysia (menurut Google)
- Harga liposuction di Malaysia (melalui WhatClinic)
Kalau boleh, kami inginkan lebih banyak data, tapi banyak klinik agak berahsia mengenai harga—mungkin staf mereka terlalu banyak melayan lagu Biarlah Rahsia dari Siti Nurhaliza.
Walaupun anggaran rendah banyak membantu, anggaran tinggi kurang sedikit kerana kos liposuction boleh jauh melebihi RM32,000, bergantung pada faktor-faktor tertentu.
Kalau nak jawapan yang paling tepat, kita kena tengok pecahan kos sedut lemak mengikut anggota badan.
Kos sedut lemak mengikut anggota badan (kembali)
Malangnya, kebanyakan laman web klinik yang kami semak tidak mendedahkan harga umum liposuction, apatah lagi harga mengikut anggota badan – jadi jangan marah, kami dah melakukan yang terbaik!
Jadual di bawah menggabungkan harga daripada dua pakar bedah plastik yang kami temui di Google dan WhatClinic yang sudi berkongsi harga sedut lemak berdasarkan anggota badan.
Anggota Badan | Harga Terendah (RM) | Harga Tertinggi (RM) | Harga Purata (RM) |
---|---|---|---|
Paha | 7,500 | 30,000 | 16,250 |
Lengan | 7,500 | 20,000 | 13,750 |
Abdomen | 9,000 | 30,000 | 15,000 |
Belakang | 20,000 | 30,000 | 25,000 |
Perut | 9,000 | 30,000 | 15,000 |
Punggung | 20,000 | 20,000 | 20,000 |
Dagu | 4,500 | 9,500 | 7,000 |
Nota: Kami akui yang kami mungkin terlepas pandang sumber tertentu semasa melakukan penyelidikan. Jika anda jumpa harga yang lebih rendah atau tinggi daripada angka di sini, sila kongsi dengan kami!
Senarai harga sedut lemak Klinik Dr. Soma (kembali)
Sebelum kami tunjukkan senarai harga kami, berikut adalah perkara yang perlu anda tahu tentang prosedur sedut lemak dengan Dr. Soma:
- Tidak kira anggota badan, prosedur bermula dari RM20,000
- Pembedahan dijalankan di Subang Jaya Medical Centre, dan
- Pesakit akan menerima sehingga enam bulan penjagaan susulan
Sekarang, berikut adalah senarai harga dan had maksimum lemak yang selamat untuk dikeluarkan mengikut anggota badan.
Anggota Badan | Yuran (RM) | Had Maksimum Lemak Boleh Dikeluarkan (liter) |
---|---|---|
Peha | 20,000-30,000 | 2 – 5 |
Lengan | 20,000 | 1 – 3 |
Abdominal Etching | 20,000-30,000 | 1 – 6 |
Belakang | 20,000-30,000 | 1 – 5 |
Perut | 20,000-30,000 | 2 – 6 |
Punggung | 20,000 | 1 – 3 |
Harap maklum bahawa ini adalah garis panduan umum dan akan berbeza mengikut individu, jadi untuk jawapan terperinci, sila jadualkan temu janji.
Ramai orang akan terus tanya kenapa mahal sangat, dan kami ada dua sebab kukuh!
Pertama, enam bulan selepas pembedahan adalah tempoh di mana kebanyakan pesakit telah pulih sepenuhnya.
Namun, sehingga tempoh itu, pemeriksaan dengan pakar bedah sangat penting untuk memantau kemungkinan isu-isu dari segi fizikal dan mental, dan temujanji yang mungkin berlaku setiap hari ini telah dimasukkan dalam harga kami.
Kedua, semua prosedur kami dijalankan di bilik pembedahan bertaraf dunia Subang Jaya Medical Centre.
Lokasi pembedahan ini meningkatkan kos, tetapi ingat yang anda akan menerima tahap penjagaan tertinggi di hospital swasta yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan disokong oleh jururawat dan ahli anestesiologi yang berkemahiran.
5 faktor yang mempengaruhi kos prosedur sedut lemak (kembali)
Apa yang akhirnya mempengaruhi kos setiap pembedahan adalah:
- Jumlah masa yang diambil
- Kerumitan prosedur
- Tahap kepakaran
Jadi, apabila kami katakan sesuatu meningkatkan kos, maknanya perkara ini meningkatkan tempoh masa, kerumitan, atau tahap kepakaran yang diperlukan untuk sesebuah prosedur.
Memang banyak faktor mempengaruhi tiga benda ini, tetapi berikut adalah lima faktor utama:
Anggota badan yang dirawat
Kos untuk kawasan yang lebih besar seperti perut atau peha lebih tinggi berbanding kawasan kecil seperti dagu atau lengan kerana jumlah lemak yang perlu dikeluarkan dan masa yang diperlukan.
Jumlah lemak yang perlu dikeluarkan
Semakin banyak lemak yang perlu dikeluarkan, semakin lama tempoh prosedur dan semakin banyak sumber yang diperlukan. Kes ekstrem boleh melibatkan tenaga kerja dan peralatan tambahan.
Pengalaman pakar bedah
Seperti mana-mana industri, pakar bedah yang berpengalaman dan mahir biasanya mengenakan bayaran lebih tinggi kerana mereka mempunyai rekod yang terbukti lantas mempunyai permintaan lebih tinggi.
Yuran bilik pembedahan klinik vs hospital
Kos anestesia serta penggunaan bilik pembedahan dan perkhidmatan sokongan perubatan lain akan dimasukkan dalam kos keseluruhan.
Prosedur atau rawatan tambahan
Jika prosedur sedut lemak anda dilakukan sekaligus dengan prosedur lain seperti pemindahan lemak, kerumitan lebih akan akan menyebabkan kos akhir meningkat.
Kami berharap panduan ini berguna, dan untuk anggaran harga liposuction khas buat anda, jom datang ke klinik kami🙂
Buat temu janji dengan Dr Soma
Dengan pengalaman lebih dari 25 tahun dan ribuan pesakit, Dr. Soma dan pasukannya telah membantu individu dari seluruh Kuala Lumpur dan Malaysia mencapai badan impian mereka. Buat temu janji anda hari ni,