Panduan Lengkap Pembedahan Sedut Lemak (Liposuction) Di Malaysia
Selamat datang ke blog kami!
Artikel ini ditulis sebagai panduan menyeluruh tentang segala aspek operasi sedut lemak (atau liposuction dalam Bahasa Inggeris) di Malaysia.
Baca dari mula ke hujung atau lompat ke bahagian tertentu – tekan saja pautan dalam isi kandungan kami di bawah:
Isi Kandungan
Bagi yang malas baca, jadualkan temu janji dengan Dr. Soma terus!
Kalau tidak, jom mulakan.
Apakah maksud operasi sedut lemak?
Operasi sedut lemak ialah prosedur pembedahan kosmetik yang membuang lemak antara 300ml hingga 10% berat badan pesakit – kami pernah keluarkan 11,500ml lemak dalam satu sesi!
Dengan ini, ia boleh mengubah bentuk tubuh mengikut matlamat anda.
Tujuan utama operasi ini ialah untuk membuang lemak degil yang tidak dapat dihilangkan melalui diet dan senaman kerana faktor genetik menyimpan lemak berlebihan di anggota badan tertentu.
Kerana itu, operasi sedut lemak tidak boleh dilihat sebagai:
- alternatif kepada diet dan senaman
- strategi penurunan berat badan jangka masa panjang
- kaedah hilangkan selulit, atau
- rawatan penyakit yang menyebabkan naik berat badan
Sebaiknya, mereka yang menjalani operasi ini sudah mencapai atau hampir capai berat badan sasaran mereka, dan operasi ini adalah langkah akhir untuk target tersebut.
Adakah Malaysia destinasi baik untuk operasi sedut lemak?
Ada dua faktor utama: kos dan kualiti penjagaan.
Menurut WhatClinic, terdapat 72 pakar bedah plastik bertauliah di Malaysia dengan ribuan ulasan positif pesakit dari seluruh dunia. Laporan mereka juga menunjukkan operasi sedut lemak adalah rawatan kosmetik paling popular di kalanagan pelancong perubatan di Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga menetapkan piawaian ketat untuk klinik diiktiraf sebagai Pengamal Perubatan Estetik dan memantau mereka secara berterusan.
Atas sebab ini, kami percaya Malaysia adalah destinasi yang selamat dan bagus untuk operasi sedut lemak.
Jenis operasi sedut lemak di Malaysia (kembali)
Semua kaedah sedut lemak melibatkan pemecahan deposit lemak dalam tubuh dan mengeluarkannya menggunakan rod logam nipis yang dikenali sebagai kanula.
Perbezaan utama antara kaedah sedut lemak adalah bagaimana lemak dipecahkan:
Sedut lemak tradisional/suction-assisted
Larutan saline dan ubat untuk mengurangkan kesakitan serta pendarahan disuntik untuk memecahkan lemak. Kanula disambungkan ke vakum untuk menyedut lemak dan cecair keluar.
Sedut lemak tumescent
Cecair tumescent disuntik untuk kebas dan melembutkan kawasan tersebut. Prosedur dilakukan di bawah anestesia setempat.
Sedut lemak laser
Fiber laser dimasukkan melalui insisi kecil untuk mencairkan lemak.
Sedut lemak ultrasound / VASER
Kanula yang memancarkan gelombang ultrasound memecahkan sel lemak untuk penyingkiran yang lebih mudah.
Pentingkah kaedah berbeza ni?
Walaupun teknik-teknik tertentu mempunyai kelebihan kecil, kemahiran dan pengalaman pakar bedah jauh lebih penting.
Ingat, tidak kira kaedah, akhirnya, pakar bedahlah yang akan menjalankan penbedahan.
Daripada terlalu fokus dengan kaedah operasi, masa anda lebih baik digunakan mencari pakar bedah dengan rekod yang terbukti dan berpengalaman dengan kaedah operasi sedut lemak pilihan mereka.
3 alternatif buang lemak tanpa pembedahan (kembali)
Memandangkan tujuan operasi sedut lemak adalah untuk buang lemak, apa salahnya kami kongsikan beberapa alternatif yang tidak melibatkan pembedahan.
- Cryolipolisis: Suhu yang sangat sejuk membekukan dan memusnahkan sel lemak tanpa menjejaskan tisu sekeliling. CoolSculpting adalah jenama yang paling terkenal, tetapi terdapat pilihan lain.
- Lipolisis laser: Haba laser memecahkan sel lemak sementara mekanisme penyejukan melindungi kulit. Rawatan ini tidak menyakitkan dan tiada tempoh pemulihan.
- Suntikan asid deoksikolik: Asid deoksikolik disuntik untuk memecahkan sel lemak, biasanya untuk merawat dagu berlapis. Beberapa sesi rawatan biasanya diperlukan, dan kawasan rawatan akan bengkak sedikit.
Jadi, kalau kita ada kaedah buang lemak tanpa pembedahan, kenapa operasi sedut lemak masih digunapakai?
Pembuangan lemak: Pembedahan vs tanpa pembedahan
Kaedah buang lemak tanpa pembedahan memang kurang invasif dan mempunyai tempoh pemulihan lebih singkat, tetapi tidak memberikan hasil setanding dengan pembedahan – jika tidak, buat apa nak jalani operasi sedut lemak!
Selain itu, walaupun kos satu sesi rawatan tanpa pembedahan lebih rendah, beberapa sesi sering diperlukan untuk mencapai hasil yang sama dengan satu sesi pembedahan, lantas meningkatkan kos keseluruhan.
Cara terbaik untuk tentukan pilihan sesuai untuk anda ialah berbincang dengan doktor!
Kos operasi sedut lemak di Malaysia (kembali)
Kami yakin ini bahagian pertama yang anda cari!
Malangnya, tiada data kos purata operasi sedut lemak di Malaysia, dan harga di internet biasanya hanya kadar klinik tertentu.
Kadar klinik pula akan bergantung kepada:
- Lokasi
- Kerumitan operasi
- Kepakaran pakar bedah
- Sama ada dilakukan di klinik atau bilik bedah hospital
- Penjagaan selepas pembedahan dan susulan, serta
- Penyediaan pakaian mampatan
Dalam kes kami, operasi sedut lemak di klinik kami bermula dari RM20,000.
Pembedahan dilakukan di Subang Jaya Medical Centre, dan kos termasuk penjagaan susulan selama tiga hingga enam bulan.
Sesetengah pakar bedah bersaing berdasarkan harga, yang lain pula berdasarkan kualiti perkhidmatan – kami pilih yang kedua 🙂
Kos sedut lemak ikut anggota badan (kembali)
Jadual di bawah menyenaraikan anggota badan yang paling kerap menjalani liposuction, bersama anggaran kos dan had maksimum lemak yang boleh dibuang dalam satu sesi.
Bahagian Badan | Anggaran Kos (RM) | Jumlah Lemak Maksimum Boleh Dibuang (liter) |
---|---|---|
Paha | 20,000-30,000 | 2 – 5 |
Lengan | 20,000 | 1 – 3 |
Abdomen | 20,000-30,000 | 1 – 6 |
Belakang | 20,000-30,000 | 1 – 5 |
Perut | 20,000-30,000 | 2 – 6 |
Punggung | 20,000 | 1 – 3 |
Hubungi kami untuk pakej melibatkan lebih dari satu anggota badan atau anggota yang tidak disenaraikan di atas.
Pemulihan selepas operasi sedut lemak (kembali)
Tempoh pemulihan bergantung kepada bilangan anggota badan yang terlibat, bilangan insisi, dan yang paling penting, sejauh mana pesakit patuh dengan protokol pemulihan (lagi degil, lagi lama kena tunggu baik!).
Kebanyakan pesakit yang akur dengan arahan penjagaan selepas pembedahan boleh kembali melakukan senaman ringan selepas empat minggu.
Garis masa pemulihan operasi sedut lemak
- Minggu pertama: Kawasan kanula masuk akan bengkak, kebas, dan lebam. Pesakit wajib memakai pakaian ‘compression garment’.
- 2 hingga 4 minggu: Bengkak mula kurang, dan kebanyakan pesakit boleh melakukan aktiviti ringan menjelang minggu keempat. Compression garment masih perlu dipakai.
- 6 minggu: Bengkak hampir hilang, dan 90% hasil akhir mula kelihatan.
Kami tidak dapat menjawab dengan tepat bila hasil akhir akan dicapai, tetapi kira-kira enam bulan selepas pembedahan kebanyakan pesakit berhenti menunjukkan simptom dan menikmati hasil prosedur buang lemak mereka.
Sepanjang proses pemulihan ini, anda patut terus berjumpa dengan pakar bedah anda untuk pemeriksaan susulan, dan mereka akan memberi nasihat jika ada kesulitan.
Ia akan kelihatan lebih teruk pada mulanya!
Pada awalnya, kawasan yang dirawat mungkin kelihatan lebih besar atau membengkak kerana:
- Penahanan cecair
- Lebam, dan
- Kulit kendur (bergantung pada usia pesakit dan jumlah lemak yang dikeluarkan).
Faktor-faktor ini akan menyembunyikan hasil sebenar operasi sedut lemak, menyebabkan pesakit merasa murung atau menyesal.
Ingat – ini hanya kesan sementara!
Sering kali, yang diperlukan hanya kata jaminan daripada pakar bedah anda. Jadi, beritahu mereka jika anda rasa tertekan atau stress dengan kesan sampingan operasi!
Risiko prosedur sedut lemak (kembali)
Seperti mana-mana operasi, pembedahan sedut lemak mempunyai risiko, termasuklah:
- Kontur kulit: Pengeluaran lemak yang tidak sekata, keanjalan kulit yang lemah, dan parut boleh menyebabkan kulit anda kelihatan atau berkedut secara kekal.
- Takungan cecair: Cecair boleh terkumpul di bawah kulit.
- Kebas: Kebas sementara atau kekal pada kawasan yang dirawat.
- Jangkitan: Walaupun jarang, jangkitan kulit boleh berlaku.
- Tusukan kanula: Kanula mungkin menusuk terlalu dalam dan menusuk organ.
- Embolisme lemak: Kepingan lemak boleh memasuki saluran darah dan tersangkut di paru-paru atau otak.
- Isu organ: Pengeluaran lemak dalam jumlah besar boleh memberi kesan pada ginjal, jantung, dan paru-paru.
Walaupun bunyinya agak dahsyat, kami harap ini tidak sebabkan anda tukar fikiran!
Yes, risiko memang ada, tetapi sangat sangat rendah, dan sepanjang 25 tahun Dr Soma beroperasi, beliau belum pernah mengalami insiden selain kebas sementara.
Adakah operasi sedut lemak untuk anda? (kembali)
Adakah anda menjawab “ya” untuk soalan-soalan berikut?
- Adakah anda berada pada berat sasaran atau hampir mencapai berat sasaran?
- Adakah anda telah kekalkan berat badan anda selama sekurang-kurangnya enam bulan?
- Adakah anda amalkan diet seimbang dan kerap bersenam?
- Adakah anda komited untuk kekalkan gaya hidup sihat selepas prosedur?
- Adakah anda ada kawasan lemak yang degil meskipun sudah diet dan bersenam?
- Adakah anda ingin membentuk anggota badan tertentu seperti perut, paha, atau lengan?
- Adakah anda mempunyai sebarang masalah kesihatan kronik yang boleh menyulitkan pembedahan (contohnya, penyakit jantung, diabetes)?
- Adakah anda seorang bukan perokok, atau bersedia berhenti merokok sebelum dan selepas prosedur?
- Adakah kulit anda cukup elastik untuk menyesuaikan diri dengan kontur badan baharu?
- Adakah anda sedar bahawa keanjalan kulit yang lemah mungkin menyebabkan ketidakteraturan kontur?
- Adakah anda berumur lebih dari 18 tahun?
- Adakah anda ada teman buat sepanjang proses pemulihan?
- Adakah anda bersedia untuk mengikuti arahan penjagaan selepas pembedahan?
- Adakah anda bersedia untuk perubahan fizikal dan emosi selepas prosedur?
Jika anda menjawab “ya”, prosedur sedut lemak mungkin penyelesaian yang sesuai untuk mencapai matlamat badan anda!
Buat temu janji dengan Dr Soma
Dengan pengalaman lebih dari 25 tahun dan ribuan pesakit, Dr. Soma dan pasukannya telah membantu individu dari seluruh Kuala Lumpur dan Malaysia mencapai badan impian mereka.