panduan lengkap kos sedut lemak lengan di malaysia

Panduan Sedut Lemak Lengan Di Malaysia (Termasuk Kos)

Apa khabar – nampak macam anda sedang mencari maklumat tentang liposuction lengan di Malaysia – kami telah meringkaskan butiran utama mengenai prosedur ini di klinik Soma dalam jadual di bawah:

Sedut lemak lengan (dua lengan)Butiran
Anggaran kosRM20,000
Isipadu lemak yang boleh dibuang dengan selamat1 – 3 liter
Tempoh prosedur1 – 2 jam
LokasiSubang Jaya Medical Centre
Tempoh pemulihan7 – 10 hari
Temu janji susulanSehingga enam bulan

Anggaplah ini sebagai panduan umum yang akan berbeza mengikut individu, jadi untuk jawapan yang lebih tepat, buat temu janji dengan kami.

Baca panduan harga liposuction di Malaysia kami untuk kos sedut lemak buat anggota badan yang lain, atau teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut tentang prosedur sedut lemak untuk lengan!

Apakah maksud liposuction lengan?

Liposuction lengan ialah prosedur pembedahan kosmetik yang membuang lemak dari bahagian atas lengan.

perempuan dengan simpanan lemak di bahagian lengan atas

Pesakit akan diberikan ubat bius, dan campuran saline serta ubat disuntik ke dalam lengan. Larutan ini akan memecahkan deposit lemak yang kemudiannya dikeluarkan melalui batang logam nipis berongga yang dikenali sebagai kanula.

Gambar pelbagai jenis kanula yang digunakan untuk liposuction.

Antara 300ml hingga 3 liter (kedua-dua lengan) boleh dikeluarkan bergantung pada badan individu.

Ini akan menjadikan lengan menjadi lebih kurus, menyasarkan simpanan lemak yang tidak dapat diatasi hanya dengan diet dan senaman kerana kecenderungan genetik (kadang-kadang badan memang suka menyimpan lebihan lemak di tempat tertentu).

Liposuction lengan TIDAK AKAN:

  • Menggantikan diet dan senaman
  • Membantu penurunan berat badan jangka panjang
  • Menyembuhkan selulit, atau
  • Merawat penyakit yang menyebabkan kenaikan berat badan

Sebaiknya, pesakit sudah mencapa atau hampir dengan berat badan sasaran mereka, dan liposuction adalah sentuhan akhir untuk mencapai bentuk lengan yang diingini.

Pemulihan selepas operasi

Kerana lengan adalah anggota badan yang agak kecil dan kurang terlibat dalam aktiviti harian (contohnya punggung digunakan untuk duduk), pemulihan biasanya lebih cepat dan mudah.

Penambahbaikan yang ketara sepatutnya dapat dilihat seawal tujuh hingga sepuluh hari selepas prosedur, dan enam bulan selepas pembedahan, kebanyakan pesakit telah sembuh sepenuhnya.

Garis Masa Pemulihan:

  • Minggu Pertama: Lengan bengkak, kebas, lebam, dan pesakit wajib memakai pakaian pemampatan.
  • 2 – 4 Minggu: Kurang bengkak dan ramai kembali kepada aktiviti ringan pada minggu keempat, tetapi pakaian pemampatan masih wajib.
  • 6 Minggu: Bengkak sudah hampir tiada, dan sekitar 90% hasil akhir sudah kelihatan.
  • 6 Bulan: Hasil penuh biasanya kelihatan.

Pada awal pemulihan, lengan sering kelihatan bengkak kerana takungan cecair dalam badan, lebam, dan kulit kendur – ini memang biasa!

Lebam selepas prosedur liposuction lengan
Lebam adalah biasa dan akan hilang dengan sendiri.

Ia memang akan nampak lebih teruk pada mulanya; ingatlah kesan-kesan ini adalah sementara.

Anda aakan menjalani pemeriksaan berkala dengan pakar bedah anda, dan mereka akan memberitahu anda jika simptom-simptom anda normal atau jika ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Untuk maklumat selanjutnya tentang proses pemulihan, lihat panduan kami tentang operasi sedut lemak di Malaysia dan Kuala Lumpur.

Jika tidak, masa untuk bersembang dengan Dr. Soma!

Buat temu janji dengan Dr Soma

Dengan pengalaman lebih dari 25 tahun dan ribuan pesakit, Dr. Soma dan pasukannya telah membantu individu dari seluruh Kuala Lumpur dan Malaysia mencapai badan impian mereka.

Leave a comment