panduan liposuction paha di malaysia

Liposuction Paha Di Malaysia (Termasuk Kos)

Hai! Nampaknya anda sedang mencari maklumat operasi sedut lemak paha di Malaysia!

Kami telah rumuskan maklumat penting tentang prosedur di klinik kami dalam jadual di bawah:

Liposuction Paha (dua-dua)Butiran
Anggaran kosRM20,000-30,000
Jumlah lemak boleh dikeluarkan2 – 5 liter
Tempoh prosedur1-3 jam
LokasiSubang Jaya Medical Centre
Tempoh pemulihan5 – 14 hari
Temujanji susulanSehingga enam bulan

Perlu diingat ini hanyalah panduan umum dan angka sebanar akan berbeza mengikut individu.

Untuk jawapan terperinci, jadualkan temu janji dengan Dr. Soma.

Baca panduan harga liposuction di Malaysia kami untuk kos anggota badan lain, atau teruskan membaca untuk gambaran lengkap liposuction paha!

Apakah liposuction paha?

Liposuction paha ialah prosedur pembedahan kosmetik untuk membuang lemak dari empat kawasan utama paha di mana kita lazimnya menyimpan lemak:

  • Paha dalam
  • Paha luar
  • Paha anterior (bahagian depan), dan
  • Paha posterior (bahagian belakang)
gambar rajah menunjukkan lokasi peha untuk pembedahan liposuction atau sedut lemak

Ingat: tujuan liposuction bukan untuk membuang sebanyak lemak yang mungkin, tetapi membentuk semula anggota badan agar mencapai badan yang anda inginkan.

Genetik memainkan peranan besar menentukan kawasan simpanan lemak di paha, jadi liposuction akan berbeza bagi setiap individu.

Sebagai contoh, sesetangah individu mempunyai lemak berlebihan di paha luar dikenali sebagai “saddlebags” yang mengakibatkan bahagian pinggang kelihatan lebih besar.

Sementara itu, ada yang secara semula jadi menyimpan lemak di bahagian dalam paha, sesuatu yang normal tetapi tidak akan ada “thigh gap” seperti dalam gambar di bawah.

Dan walaupun sukar untuk menunjukkan simpanan lemak di bahagian depan dan belakang paha, kami yakin anda boleh menilai sendiri kerana ia masih mempengaruhi ukuran paha keseluruhan anda.

Sebelum memutuskan untuk menjalani liposuction, ingatlah bahawa walaupun ia dapat membuang lemak, ia tidak akan mengubah struktur tulang. Jika kita secara semula jadi mempunyai pinggang yang besar, liposuction hanya akan membuang lapisan lemak berlebihan yang menutup kawasan tersebut.

Pemulihan selepas liposuction paha

Kerana paha adalah anggota badan yang besar (ia otot kedua terbesar selepas punggung) dan sangat terlibat dalam aktiviti harian, pemulihan lazimnya memerlukan lebih masa dan disiplin.

Anda untuk dua minggu akan datang.

Beri diri anda sehingga 14 hari rehat segera selepas prosedur (kaki gim, duduk kat rumah tau!).

Lazimnya, enam bulan selepas pembedahan kebanyakan pesakit telah pulih sepenuhnya.

Garis masa pemulihan:

  • Minggu Pertama: Paha akan bengkak dan kebas, dan pesakit perlu memakai pakaian pemampatan.
  • 2 hingga 4 Minggu: Bengkak berkurangan, dan ramai pesakit kembali melakukan aktiviti ringan menjelang minggu keempat, walaupun pakaian pemampatan masih diperlukan.
  • 6 Minggu: Benhkak hampir hilang, dan kira-kira 90% keputusan akhir dapat dilihat.
  • 6 Bulan: Kesan penuh biasanya dapat dilihat.

Pada awalnya, paha mungkin bengkak kerana takungan cecair – ini adalah perkara yang normal.

Kalau nak buat lawak, bagitau orang ni salah suami marah😀

Ia nampak menakutkan tetapi jangan risau, kesan sampingan ini hanya sementara.

Untuk tahu lebih tentang pemulihan selepas sedut lemak, lihat panduan lengkap kami mengenai liposuction.

Jika tidak, masa untuk berbincang dengan Dr. Soma!

Buat temu janji dengan Dr Soma

Dengan pengalaman lebih dari 25 tahun dan ribuan pesakit, Dr. Soma dan pasukannya telah membantu individu dari seluruh Kuala Lumpur dan Malaysia mencapai badan impian mereka.

Leave a comment