panduan pembedahan sedut lemak perut di malaysia

Panduan Sedut Lemak Perut Di Malaysia (Termasuk Kos)

Apa khabar, nampaknya anda sedang mencari maklumat tentang operasi sedut lemak perut di Malaysia

Semua butiran prosedur ini di klinik Soma boleh didapati dalam jadual di bawah:

Liposuction PerutButiran
KosRM20,000-30,000
Jumlah lemak yang boleh dibuang2 – 6 liter
Tempoh prosedur2 – 4 jam
LokasiPusat Perubatan Subang Jaya
Masa pemulihan5 – 7 hari
Temujanji susulanHingga enam bulan

Harap maklum bahawa ini adalah garis panduan umum dan butiran akan berbeza mengikut individu.

Untuk jawapan yang lebih terperinci, sila jadualkan temu janji.

Untuk harga sedut lemak anggota badan lain, sila lihat panduan kos liposuction di Malaysia kami.

Kalau tidak, teruskan membaca untuk penerangan menyeluruh mengenai liposuction perut!

Apa maksud liposuction perut?

Liposuction perut adalah prosedur pembedahan kosmetik yang membuang lemak dari kawasan abdomen atas dan bawah badan.

Lemak berlebihan di abdomen atas menyebabkan apa yang sering dikenali sebagai ‘perut buncit’.

lelaki dengan deposit lemak di kawasan abdomen atas
Salah satu penyumbang terbesar kepada rupa ‘skinny fat’.

Sementara itu, deposit lemak di abdomen bawah memberi penampilan ‘muffin top’.

lelaki dengan deposit lemak di kawasan abdomen bawah

Walaupun dengan diet dan senaman, sangat biasa untuk menghadapi masalah dengan deposit lemak yang degil di kawasan ini, menjadikan liposuction perut sebagai prosedur popular untuk wanita dan juga lelaki.

Lemak subkutan vs lemak visceral

Apabila mempertimbangkan liposuction perut, kita perlu tahu perbezaan antara lemak subkutan dan lemak visceral:

  • Lemak subkutan: Tepat di bawah kulit dan boleh dibuang dengan liposuction.
  • Lemak visceral: Di bawah otot abdomen dan tidak boleh dibuang dengan liposuction.

Malangnya, kawasan perut biasanya ada kandungan tinggi kedua-dua jenis lemak ini!

gambar rajah menjukkan lemak subkuan dan lemak visceral
Kredit: AlignLife

Seperti yang anda boleh lihat, lemak visceral terletak di bawah otot – percayalah, kalau doktor nak masukkan kanula sejauh tu, mesti tiada lesen!

Kita semua akan ada kedua-dua jenis lemak, jadi anda tetap boleh melihat hasil daripada liposuction perut. Walau bagaimanapun, jika lemak anda kebanyakannya visceral, operasi sedut lemak tidak boleh mengeluarkan deposit lemak yang lebih dalam itu.

Ujian ringkas boleh membantu menentukan jenis lemak yang anda ada: Adakah ia lembut dan berlipat (subkutan) atau pejal apabila disentuh (visceral)?

Liposuction perut dan tummy tuck (abdominoplasty)

Kulit kendur adalah kesan sampingan biasa selepas liposuction dan akan kembali kepada bentuk asal dengan sendiri.

Walau bagaimanapun, prosedur yang membuang jumlah lemak yang tiggi boleh menyebabkan kekenduran melebihi tahap pemulihan tubuh kita.

pesakit wanita dengan kulit kendur berlebihan
Ia boleh berlaku bila-bila ada penurunan berat badan mendadak.

Jika liposuction perut pesakit melibatkan pembuangan lemak yang banyak, adalah idea yang baik untuk menambah prosedur tummy tuck atau abdominoplasty iaitu pembedahan untuk membuang kulit kendur berlebihan dari bahagian perut sambil mengetatkan dinding abdomen.

Pemulihan operasi sedut lemak perut

Kerana perut meliputi kawasan yang besar dan otot abdomen banyak terlibat dalam aktiviti harian, pemulihan boleh mengambil masa lebih lama.

Pesaki biasanya akan rasa lebih baik dalam lima hingga tujuh hari, dan enam bulan selepas operasi kebanyakan pesakit telah pulih sepenuhnya.

Garis Masa Pemulihan:

  • Minggu Pertama: Bengkak di kawasan perut, kebas, lebam, dan perlukan pakaian mampatan.
  • 2 hingga 4 Minggu: Bengkak berkurangan, dan ramai pesakit kembali menjalani aktiviti ringan pada minggu keempat, walaupun pakaian mampatan masih diperlukan.
  • 6 Minggu: Bengkak hampir hilang dan sekitar 90% hasil akhir kelihatan.
  • 6 Bulan: Pemulihan dan hasil operasi penuh.

Pada awal pemulihan, perut boleh kelihatan kembung disebabkan oleh penahanan cecair, dan lebam – ini adalah perkara biasa.

pesakit dengan perut lebam selepas pembedahan

Ya, ia mengecewakan, tetapi ingat bahawa kesan ini adalah sementara.

Untuk maklumat lanjut mengenai topik pemulihan, lihat panduan kami mengenai liposuction di Kuala Lumpur.

Jika tidak, masa untuk bersembang dengan Dr. Soma!

Buat temu janji dengan Dr Soma

Dengan pengalaman lebih dari 25 tahun dan ribuan pesakit, Dr. Soma dan pasukannya telah membantu individu dari seluruh Kuala Lumpur dan Malaysia mencapai badan impian mereka.

Leave a comment