Panduan Sedut Lemak Dagu Di Malaysia (Termasuk Kos)
Nampaknya anda sedang cari maklumat tentang liposuction dagu di Malaysia!
Kami telah rumuskan butiran penting tentang prosedur ini di klinik kami dalam jadual di bawah:
Liposuction Dagu | Butiran |
---|---|
Anggaran kos | Bermula dari RM5,000 |
Tempoh prosedur | 30 minit |
Lokasi | Subang Jaya Medical Centre |
Tempoh pemulihan | 5 – 7 hari |
Temujanji susulan | Sehingga enam bulan |
Perlu diingatkan ini hanya garis panduan untuk sedut lemak dagu, manakala ia sering digabungkan dengan prosedur lain untuk mencapai leher yang lebih estetik.
Kita semua mempunyai badan yang lain, jadi untuk jawapan spesifik, datanglah untuk sesi konsultasi.
Baca panduan harga liposuction di Malaysia kami untuk kos anggota badan lain, atau teruskan membaca untuk gambaran lengkap liposuction dagu!
Isi Kandungan
Apa sebenarnya liposuction dagu?
Liposuction dagu adalah prosedur pembedahan kosmetik yang membentuk semula kontur garis leher kita dengan membuang lemak berlebihan di bawah dagu (submental), yang menyebabkan ‘double chin’.
Walaupun ‘double chin’ sering dikategorikan sebagai simptom berat badan berlebihan, memang akan ada individu yang mempunyai jumlah lemak yang berlebihan di bawah dagu dibandingkan dengan tubuh mereka.
Sebaliknya, mungkin anda pernah bertemu dengan orang yang mempunyai garis rahang yang cukup tajam walaupun agak berlebihan berat badan – ini semua disebabkan oleh genetik!
Berita baiknya, liposuction dapat menghilangkan ‘dagu ‘double chin’ secara kekal.
Sedut lemak dagu dan kulit kendur
Walaupun liposuction boleh membuang lemak di bawah dagu, ia tidak akan mengetatkan kulit yang sudah kendur sebagai kesan semula jadi proses penuaan.
Untuk kulit kendur, anda amungkin boleh mempertimbangkan gabungan thread lift dan liposuction dagu, di mana liposuction menyasarkan lemak manakala thread lift mengetatkan semula kulit leher kendur.
Walau bagaimanapun, dalam jangka panjang, liposuction dagu dapat membantu mencegah kulit leher kendur dengan mengurangkan lemak yang akan menyebabkan kekenduran tersebut.
Parut liposuction dagu
Semua prosedur liposuction akan meninggalkan parut, tetapi kerana liposuction dagu, menggunakan kanula yang kecil, parut yang ditinggalkan juga amat kecil, dan tersembunyi di bawah dagu dan belakang telinga.
Pemulihan selepas liposuction dagu
Kerana liposuction dagu adalah prosedur yang agak singkat dan tidak akan mengeluarkan lemak yang banyak, pesakit boleh mula rasa lebih baik seawal lima hingga tujuh hari selepas pembedahan, dan enam bulan adalah masa di mana kebanyakan pesakit telah pulih sepenuhnya.
Sudah tentu, jika pembedahan melibatkan prosedur lain seperti thread lift, pemulihan akan mengambil lebih lama.
Jangka Masa Pemulihan:
- Minggu Pertama: Bengkak setempat, kebas, lebam, dan memerlukan pembalut.
- 2 hingga 4 Minggu: Bengkak berkurang, dan ramai pesakit mula melakukan aktiviti ringan pada minggu keempat, walaupun pembalut masih diperlukan.
- 6 Minggu: Bengkak telah berkurangan dengan ketara, dengan kira-kira 90% keputusan akhir dapat dilihat.
- 6 Bulan: Keputusan penuh biasanya dapat dilihat.
Pada awalnya, kulit leher mungkin kelihatan tidak sekata kerana takungan cecair – ini adalah perkara yang normal!
Ia nampak merisaukan, tapi ingat kesan ini hanya sementara dan ia akan hilang dengan sendirinya tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun, pakar bedah anda akan terus berjumpa dengan anda dan akan memaklumkan jika ada perkara yang perlu dirisaukan – kemungkinan besar, anda hanya perlukan kata-kata jaminan dan sokongan!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pemulihan sedut lemak, lihat panduan keseluruhan kami mengenai liposuction di Kuala Lumpur.
Kalau tidak, sudah tiba masanya untuk bercakap dengan Dr. Soma!
Buat temu janji dengan Dr Soma
Dengan pengalaman lebih dari 25 tahun dan ribuan pesakit, Dr. Soma dan pasukannya telah membantu individu dari seluruh Kuala Lumpur dan Malaysia mencapai badan impian mereka.